30 November 2018
Penuaian jagung boleh dilakukan pada peringkat umur 68 - 72 hari di mana umur jagung yang telah matang. Tetapi ada juga yang belum matang kerana pertumbuhan pokok kecil, faktor cuaca dan sebagainya. Pada 30 November 2018, para pelajar dikehendaki menuai jagung di batas masing masing di mana umur jagung di waktu itu adalah 71 hari. Kumpulan 4 telah mendapat hasil sebanyak 212 tongkol jagung.
Jumlah jagung yang dituai oleh setiap ahli :
May - 28
Fakrul Afif - 23
Liyana - 19
Aidil Fakri - 25
Afiqah - 24
Hakim - 15
Atikah - 16
Asyran - 16
Adila - 24
Vivien - 21
Para pelajar perlu menuai jagung yang rerambutnya kering dan coklat dan para pelajar perlu membuka sedikit kulit jagung tersebut untuk melihat jagung tersebut telah masak sepenuhnya.
Para pelajar perlu menuai jagung yang rerambutnya kering dan coklat dan para pelajar perlu membuka sedikit kulit jagung tersebut untuk melihat jagung tersebut telah masak sepenuhnya.
Rerambut jagung yang kering dan coklat
Ahli kumpulan sedang membuka sedikit kulit jagung untuk melihat ianya sudah boleh dituai
Aktiviti penuaian jagung dijalankan
Aktiviti penuaian jagung dijalankan
Ahli kumpulan sedang mengumpul jagung dan mengira jumlah jagung
Setelah selesai menuai jagung setiap para pelajar dikehendaki mengumpul kesemua jagung yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan. Encik Eddy membenarkan para pelajar untuk membawa pulang 5 tongkol jagung yang terbaik untuk dibawa pulang.
Pengumpulan hasil tongkol jagung
Jagung yang dituai dimasukkan ke dalam traktor untuk dibawa turun ke bawah
Setelah selesai menuai, mengumpul dan memasukkan dalam traktor para pelajar dikehendaki turun ke bawah untuk mendengar taklimat yang seterusnya. Pihak Taman Pertanian Universiti memberi taklimat kepada para pelajar tentang cara "packaging" jagung.
Para pelajar sedang melihat cara-cara "packaging"
Cara "Packaging"
1. Potong atas dan bawah jagung.
2. Masukkan ke dalam plastik sebanyak 7 tongkol untuk dibungkus.
Kemudian Encik Eddy mengarahkan kesemua ahli kumpulan untuk membuat "packaging" sebanyak 2 bungkus untuk satu kumpulan.
Aktiviti memotong dijalankan
Tongkol jagung dimasukkan ke dalam plastik untuk dibungkus
Jagung yang siap "packaging"
Aktiviti Barbeque
Setelah selesai kesemuanya tiba masa untuk para pelajar menjalankan aktiviti barbeque iaitu membakar jagung masing-masing. Para pelajar dengan riang tawa dan gembiranya membakar jagung untuk dijamah sehingga menjilat jari.
Aktiviti menyalakan api sedang dijalankan
Lebihan jagung yang akan dibakar oleh para pelajar dan untuk dibawa pulang
Aktiviti membakar jagung sedang dijalankan
Para pelajar menikmati jagung bakar tersebut dengan disaluti susu dengan penuh kenikmati. Masing-masing para pelajar suka dan gembira dengan aktiviti ini. Setelah selesai aktiviti barbeque dan makan-makan, para pelajar mengemas dan membuang sampah.
Aktiviti mengemas sedang dijalankan
Kemudian para pelajar pulang dengan hati yang gembira dan riang tawanya menikmati hari tersebut dan boleh membuat bahan bualan dengan rakan-rakan sambil menikmati jagung lagi di bilik.
Abu lari ditempat pertama,
Pantas sungguh lajunya kaki,
Jagung bakar menu utama,
Sedap dimakan menjilat jari.
No comments:
Post a Comment