Cendawan
Penanaman cendawan adalah satu perusahaan yang dijalankan oleh para petani di Malaysia. Beberapa faktor utama telah mendorong ramai pengusaha menceburi bidang tersebut antaranya :
a) Keuntungan yang tinggi dalam jangkamasa yang pendek .
b) Kos pengeluaran yang rendah .
c) Potensi pemasaran yang baik
d) Kandungan protein nutrien pemakanan yang tinggi
Cendawan boleh ditanam pada sisa pertanian yang mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin. Di antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisa kapas , kayu berangan , kayu oak dan akasia , jerami padi , sekam padi dan tandan kosong kelapa sawit. Pada 9 November 2018 para pelajar telah didedahkan dengan teknik penanaman cendawan tiram menggunakan habuk kayu getah . Tetapi amali dilakukan hanyalah ; penyedian bahan, pembungkusan dan pengukusan sahaja.
Teknik Penanaman Cendawan Tiram (Habuk Kayu Getah)
1. Penyedian Bahan
Bahan-bahan campuran untuk menanam 200 beg cendawan tiram adalah:
- Habuk kayu getah - 100 kg
- Dedak padi - 10 kg
- Kapur pertanian - 1 kg
- Air - 75% kelembapan
- Habuk kayu getah - 100
- Dedak padi - 10
- Kapur pertanian - 0.1 - 1
Habuk kayu |
Habuk kayu,sekam padi,air dan kapur pertanian dibancuh di dalam mesin pembancuh
Mesin pembancuh |
Bahan-bahan tersebut dicampur secara kering. Pastikan kelembapan campuran adalah 75%
2. Pembungkusan
Bahan bahan tersebut diisi ke dalam beg plastik polypropylene ('pp') . Saiz beg yang biasa digunakan ialah 30 sm x 10 sm x 10 sm .
Beg Polypropylene ('pp') |
Seterusnya media yang telah diadunkan sebentar tadi dialirkan ke dalam mesin pembungkus
Beg pp dimasukan ke dalam corong-corong mesin pembungkus
Proses mengisi media ke dalam beg pp.
Beg pp yang sudah diisi dengan media disusunkan didalam bekas untuk proses pembungkusan yang seterusnya
Isi beg dipadatkan.
Selepas dipadatkan penapis pengudaraan dpasang dengan menggunakan gelang leher dan
'cap' (penutup) berserta span
Beg-beg 'pp' yang sudah siap disusun semula ke dalam bekas untuk proses seterusnya.
3. Pengukusan
Pengukusan terhadap beg beg 'pp' yang mempunyai bahan-bahan campuran dijalankan selama 4-6 jam (pada suhu 95 darjah celsius - 6 jam atau 100 darjah celsius - 4 jam ) .
Selepas pengukusan dijalankan dengan sempurna, proses penyejukan dijalankan selama 48 jam pada suhu 28℃ - 30°C
4. Menyuntik Benih
Beg 'pp' yang telah sejuk boleh disuntik dengan benih. Sebelum suntikan dijalankan beberapa langkah awal mesti dilakukan untuk menjamin keberkesanannya
a) Langkah-langkah awal yang perlu dijalankan ialah :
- Kebersihan diri dan pakaian.
- Kebersihan bilik suntikan.
- Pastikan tiada habuk atau kotoran.
- Sembur bilik dengan larutan basmi kuman. [Conthnya : Dettol, Lysol, Jeypine dan sebagainya]
b) Sediakan peralatan suntikan :
- Spirit
- Lampu/ pelita spirit
- Spatula
- Pemetik api
- Pelindung pernafasan (Dust mask)
c) Menyuntik Benih
- Cuci tangan dengan larutan basmi kuman atau sapukan spirit pada tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Pakai Dusk Mask.
- Bakar dawai penyuntik. Celupkan dawai penyuntik ke dalam larutan spirit. Nyalakan api.
- Panaskan mulut botol benih.
- Leraikan benih dalam botol dengan dawai penyuntik
- Suntikan 5-8 gm benih cendawan bagi setiap beg PP. Tutup beg PP dengan penutup.
- Susun beg-beg PP ke dalam Bilik Pemerapan untuk proses "Sprawn Running"
5. Pemeraman "Sprawn Running"
Proses ini dijalankan dalam sebuah bilik pemeraman. Miselium dibiarkan hingga memenuhi keseluruhan substrat di dalam PP. Kebiasaannya ia mengambil masa di antara 50 - 60 hari. Apabila miseliam telah memenuhi keseluruhan substrat, asingkan/pindahkan beg-beg PP yang telah rosak dan dicemari oleh bahan asing. Sebaik-baiknya tanam substrat yang rosak . Pindahkan beg PP yang baik ke bilik penghasilan.
6. Penghasilan
Putik cendawan akan kelihatan selepas 4-5 hari penutup pengudaraan dibuka. Selepas cendawan tumbuh, cendawan boleh dipetik dan dibungkus. Selepas cendawan dipetik miseliam direhatkan selama 7-10 hari dibuka, hasil untuk pusingan kedua boleh dipetik selepas 4-5 hari. Cara yang sama dilakukan untuk menghasilan ketiga, keempat dan seterusnya. Pengurusan yang penting di bilik penghasilan ialah memastikan suhu dan kelembapan berada pada tahap optimum. Suhu optimum ialah 25℃ dan kelembapan optimum pada tahap 80-95%. Untuk mendapat keadaan yang optimum ini penyiraman air dilakukan pada sebelah pagi dan tengahari. Cahaya yang optimum boleh dikesan apabila seseorang boleh membaca akhbar dalam bilik ini. Tulisan akhbar yang boleh dibaca adalah yang sesuai.
7. Musuh dan Penyakit
Perosak yang biasa menyerang tanaman cendawan ialah tikus,lalat (Drosophilia) , lipas , hama, dan nematod. Kulat-kulat yang biasa menyerang substrat ialah Penicillium,Aspergillus danTrichderma
Untuk mengawal musuh dan penyakit, rumah cendawan dan rak-rak hendaklah dibersihkan dan dirawat menggunakan bahan kimia seperti Dettol, Lysol dan sebagainya. Pembersihan hendaklah dilakukan selepas setiap musim penanaman.
Disediakan oleh : Nurardila Karlida binti Abu Bakar (198205)
No comments:
Post a Comment