Thursday, December 13, 2018

penggunaan jentera penanaman 2 roda

Pada 07/12/2018 kami telah mempelajari kaedah untuk menggunakan jentera penanaman 2 roda bagi pembajaan padi di ladang kongsi 10 UPM Serdang, Selangor. Pada jam 8 pagi kami diberi penerangan tentang kelebihan, cara untuk hidupkan jenteraan dan latihan penggunaan jentera pada hari tersebut.


jentera penanaman 2 roda

Dengan menggunakan jentera ini dapat menginovasikan "power tiller" bagi meningkatkan kualiti tanah sawah dan seterusnya dapat menghasilkan tanaman padi yang berkualiti. Power Tiller adalah implemen yang dipasangkan pada jentera dua roda bagi menjalankan kerja putaran dan penyisiran tanah sawah serta digunakan untuk meratakan tanah sawah selepas kerja-kerja putaran dijalankan dengan menggunakan traktor 4 roda.

Dengan menggunakan "power tiller" ini, saiz kelumatan tanah sawah padi yang dikehendaki dapat dicapai pada saiz kurang daei 2.5 sentimeter selain menyisir segala bendasing yang tertinggal dalam petak sawah selepas kerja pembajakan dan putaran oleh traktor. Antara kelebihan menggunakan power tiller ini adalah masa bekerja di sawah dapat dijimatkan dimana kerja menyisir dan meratakan tanah dijalankan serentak, pengurusan sawah yang optima, kecekapan pembajaan terhadap tanaman lebih efisyen apabila tanah sawah rata dan pengawalan rumpai lebih berkesan sekiranya kawasan sawah rata dan landai.

Selain itu, kelebihan menggunakan rake poer tiller ini adalah mewujudkan pertapakan pokok padi yang seragam dan sekata, dapat mengawal secara menyeluruh terhadap serangan siput gondang emas bagi kawasan berlopak serta bebanan tanah akibat penggunaan jentera dapat dikurangkan, Secara kesimpulannya, alat ini dapat membantu peladang dalam menangani masalah tanah sawah tidak rata, terutama sekali ketika musim basah selain ringan dan mudah untuk dikendalikan berbanding traktok 4 roda dan ini dapat meminimakan kemasukan jentera barat.

CARA MENGHIDUPKAN JENTERA
1. Dengan menggunakan kunci atau pun switch kan
2. Dengan memutarkan angkol dengan kaki kiri dan tangan kanan
3.sistem gear mesti free dan baru angkol dalan kedudukan run atau start
4. Buka cok untuk lepaskan mampatan sambil angkol
5. Bila mjentera terlepas biarkan saja ia bergerak terus dan tidak perlu dikawal
PROSES MENERANGAN MENGGUNAKAN JENTERA

LATIHAN PARA PELAJAR MENGGUNAKAN JENTERA



DISEDIAKAN OLEH: MOHD AIDIL FAKRI


No comments:

Post a Comment