Sunday, November 4, 2018

Penuaian Hasil Tanaman Hidroponik

Penuaian


Pada 26/10/2018 proses penuaian hasil daripada tanaman hidroponik pada 28/9/2018 dilakukan di Kompleks Agroteknologi. Proses penuaian berlaku setelah 4 minggu sayuran tersebut dibiarkan membesar. Setelah jumlah berat hasil penuaian direkodkan, sayur tersebut dipaketkan mengikut berat yang telah ditetapkan untuk dipasarkan pada Pesta Konvokasyen UPM kali ke-42.

Hasil tanaman setelah 4 minggu

Cara penuaian hasil

  1. Peralatan yang digunakan untuk memotong sayur tersebut adalah gunting dan pisau
    Contoh peralatan yang digunakan

  2. Sayur tersebut dipotong pada bahagian pangakal sayur tersebut
    Cara penuaian sayur
  3. Selepas sayur tersebut dipotong, sayuran tersebut perlu ditimbang bagi mengetahui jumlah hasil tanaman
    Jumlah hasil kutipan mengikut indivitu
  4. Setelah ditimbang, sayur tersebut dipaketkan mengikut berat ditetapkan. sayur sawi sebanyak 230g dan salad sebanyak 190g.
    Menimbang mengikut berat yang ditetapkan

    Sayur yang telah ditimbang dimasukkan kedalam plastik

    Penstrilan dilakukan supaya sayur tersebut senang untuk dijual
  5. Created by: Mohd Asyran Bin Zolkanain (199358)

No comments:

Post a Comment