PROJEK PENANAMAN HIDROPONIK DI KOMPLEKS AGROTEKNOLOGI
Pada 21/9/2018, pelajar-pelajar amalan ladang tanaman makanan telah pergi melawat ke Kompeks Agroteknologi di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mempelajari tentang tanaman hidroponik. Di sana, kami diberi penerangan tentang tanaman hidroponik oleh Pn. Maininah Tahir. Tanaman hidroponik merupakan antara salah satu cara penanaman yang tidak menggunakan tanah. Terdapat 2 jenis teknik penanaman hidropinik iaitu takungan tanpa aliran dan aliran air. Kami ditugaskan untuk melakukan tanaman hidropinik jenis aliran air (palong).
kaedah penanaman menggunakan kaedah palong
Kami ditugaskan untuk membuat penanaman hidroponik menggunakan 2 jenis tanaman iaitu sawi hijau dan salad. 2 jenis tanaman ini adalah antara jenis tanaman yang paling sesuai untuk hidroponik. Setiap orang telah diberi 2 bekas untuk aktiviti kali ini dan di setiap bekas boleh ditanam dengan 8 bekas media.
SAYUR SAWI HIJAU
NAMA SAINTIFIK: BRASSICA JUNCEA
NAMA KELUARGA: BRASSICACEAE
SAYUR SALAD
NAMA SAINTIFIK: LACTUCA SATIVA
NAMA KELUARGA: ASTERACEAE
Disebabkan tanaman hidroponik tidak menggunakan tanah, maka ia sangat sesuai untuk ditanam di mana-mana sahaja. Tanaman hidroponik juga tidak memerlukan tempat yang besar dan mengikut staff di Kompleks Agroteknologi, jika dijaga dengan baik tanaman hidroponik (isi padu air dan nutrien), maka hasil untuk satu bekas boleh mencecah sehingga 800g (mengeluarkan hasil yang banyak). Antara manfaat lain untuk tanaman hidroponik adalah:
- Boleh menjimatkan kos
- Boleh mengawal penyebaran penyakit/serangga
- Mesra alam
- Mudah dikendalikan
Antara peralatan yang kami gunakan untuk penanaman hidroponik adalah seperti bekas takungan, penutup polisterin, bakul media. Selain itu, alat-alat seperti cawan penyukat, paip poli dan alat penyukat baja digunakan untuk menyediakan medium.
BEKAS TAKUNGAN
PENUTUP POLISTERIN
BAKUL MEDIA
CAWAN PENYUKAT
PAIP POLI
ALAT PENYUKAT BAJA
GAMBAR DAN PENERANGAN AKTIVITI
Anak-anak pokok sawi dan salad yang telah disemai terlebih dahulu
Pengaggihan bekas takungan bagi setiap orang. Setiap orang diberi 2 bekas takungan dan 16 bekas medium.
Air diisi pada paras yang telah ditetapkan supaya akar pokok dapat menyerap air tersebut.
Kemudian, baja nutrien bancuan A dan B diletekkan di dalam bekas takungan. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan cawan sukatan untuk menyukat 50 ml untuk stiap bancuan.
Alat penyukat baja digunakan untuk melihat kadar elektrolit dalam bacncuan air. Kadar bacaan elektrolit haruslah berada pada 1.4 - 1.6 EC.
Selepas air diisi, bekas takunagan akan ditutup oleh penutup polisterin.
Anak-anak pokok kemudiannya akan dipindahkan ke dalam bekas medium. Setiap pelajar akan menanam sebanyak 8 tanaman sawi hijau dan 8 tanaman salad.
Pada peringkat ini, pelajar harus memastikan akar terkeluar daripada bekas media untuk memudahkan penyerapan air. Jika akar terlalu pendek, pelajar boleh mengeluarkan sedikit span daripada bekas media.
Anak pokok yang telah siap akan dimasukkan ke dalam bekas takungan.
Kumpulan kami setelah selesai tugas yang diberi. Tempoh tanaman untuk matang adalah selama 4 minggu dan hasil boleh dituai dalam minggu ke-4.
DISEDIAKAN OLEH: ABDUL HAKIM BIN KAMALUR RAHMAN (190425)
No comments:
Post a Comment