AKTIVITI PEMBIAK-BAKAAN POKOK BUAH-BUAHAN
Pembiakan tampang atau vegetatif merupakan proses yang melibatkan pemisahan bahagian tampang pokok induk dan digalakkan hidup sebagai satu pokok individu.
Jenis-jenis pembiakan akses yang telah dilakukan:
- Cantuman Sisi Mata Tunas
- Cantuman Baji
- Tut (markot)
Kaedah dan jalan kerja:
Cantuman Mata Tunas
Cantuman ini adalah proses di mana bahagian pokok baka/induk (matatunas) diambil dan dicantumkan dengan pokok penanti (selalunya dari bijibenih). Matlamat cantuman ini ialah untuk mencantum atau meletakkan mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka. Kami menggunakan matatunas Durian D99
Kaedah cantuman mata tunas
Hiris kulit pada batang pokok penanti berbentuk empat segi bujur.
Pilih kayu mata tunas yang sihat dan keratkan secara menghiris dan pastikan matatunas yang dihiris pada bahagian bawah ketiak matatunas. Kemudian buang isi didalam keratan batang tersebut.
Cebisan matatunas ditampalkan pada batang pokok penanti yang telah dihiris kulit itu tadi dan pastikan dalam keaadan rapat dan selari atau selurus dengan garisan yang di hiris. Kemudian balutkan dengan plastik pembalut dengan kemas dan diletakkan di tempat yang teduh.
Cantuman Baji
Cantuman baji adalah untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok.
Kaedah Cantuman Baji
Pangkal ranting tunas itu dipotong tajam seperti baji (1sm). Pemotongan mestilah sama paras dan licin.
Bahagian pangkal pokok penanti dibelah sedalam 1sm iaitu sama dengan saiz potongan baji pada ranting mata tunas.
Pemilihan pokok penanti 'Mangga cokanan' mestilah anak pokok berumur 5-6 minggu.
Keadaan batangnya masih lembut dan saiznya sesuai dengan saiz ranting tunas. Kejayaan cantuman boleh mencapai 96-98%.
Pilih ranting matatunas seeloknya sama saiz dengan pokok penanti.
Keadaan batangnya masih lembut dan saiznya sesuai dengan saiz ranting tunas. Kejayaan cantuman boleh mencapai 96-98%.
Pilih ranting matatunas seeloknya sama saiz dengan pokok penanti.
Bahan ini mesti mempunyai 2 atau 3 matatunas. Panjang ranting berukuran (5sm - 7.5sm) / (2-3 in). Tinggalkan 2 atau 3 helai daun sahaja. Daun-daun ini hendaklah dipotong separuh untuk mengelakkan proses perpeluhan di mana ranting itu akan kering.
Pangkal ranting tunas itu dipotong tajam seperti baji (1sm). Pemotongan mestilah sama paras dan licin.
Bahagian pangkal pokok penanti dibelah sedalam 1sm iaitu sama dengan saiz potongan baji pada ranting mata tunas.
Setelah menyediakan pokok penanti dan ranting tunas, bolehlah dimasukkan ranting mata tunas ke belahan pokok penanti. Kemudian balut bahagisan cantuman dengan pita pembalut .
Seeloknya disembur racun kulat dibahagian daun untuk mengelakkan serangan kulat. Kemudian sungkup keseluruhan pokok denan plastik lutsinar. Pindahkan ke tempat teduhan 80% - 90% cahaya. Selepas 2 minggu bolehlah, dibuka sungkupan plastik untuk memastikan samada cantuman berjaya atau tidak.
Tut (Markot)
Memilih pokok jambu GU 9 Bujur dan ranting yang sihat terlebih dahulu. Kemudian membuat pencantasan (pruning) dahan dan daun-daun pada pokok supaya pokok kelihatan lebih kemas dan memudahkan aktiviti tut.
Gippy 7 atau media campuran ini direndam dengan dengan air terlebih dahulu.
Buatkan kelaran keliling. Pertama di bawah matatunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3sm atau 1 - 1 1/2 inci jauh dari kelaran pertama.
Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikis hingga ke kayu (kambium) sehingga kering.
Sapukan ubat penggalak akar di sebelah bawah kelaran atau dibawah mata tunas.
Ikat plastik di bahagian bawah kelaran kedua.
Letakkan gippy 7 atau media campuran tanah yang telah direndam dibahagian ranting yang telah dikikis tadi. Tentukan padat dan melekat dengan baik. Kemudian tutup dengan plastik yang diikat dan ikan dengan kemas.
Kebaikan atau kepentingan Pembiakan Tampang
- Dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk.
- Pembiakan tampang juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih.
- Dapat menahan pokok dari serangan penyakit yang biasa menyerang pokok atau anak benih
Faktor-faktor penting untuk cantuman baji yang berjaya ialah :
- Sion dan pokok penanti mesti serasi atau sama tisu.
- Lapisan kambium sion mesti menyentuh lapisan kambium pokok penanti.
- Bahagian-bahagian luka perlu dilindungi supaya tidak kering.
- Selepas cantuman, tunas yang tumbuh di bahagian bawah cantuman perlu dibuang kerana ia menyekat pengaliran air dan zat makanan dari sistem pengakaran dan melambatkan pertumbuhan sion.
Created by : Nurul Liyana Binti Hamzah (199443)
No comments:
Post a Comment