Thursday, October 25, 2018

          SAYURAN


Terdapat tiga kategori sayuran iaitu sayuran daun, sayuran buah, dan sayuran umbisi. Pada 19 Oktober 2018, para pelajar didedahkan dengan cara-cara menanam dua jenis sayuran daun iaitu bayam dan kangkung. Bayam merupakan sayuran daun dan terdapat empat jenis bayam yang ditanam oleh para pelajar iaitu :

a) Bayam Hijau 
b) Bayam Merah 
c) Bayam Merah Hijau


CARA-CARA MENANAM SAYUR


1) Penyediaan batas

a) Kawasan penanaman perlu dibersihkan daripada rumput dan kayu terlebih dahulu.
b) Kawasan tersebut perlulah mempunyai saliran yang baik untuk membuang air di kawasan kebun.
c) Kemudian, kawasan penanaman dibajak menggunakan cangkul.
d) Batas dibuat 
e) Pengairan yang baik penting dalam proses memberi air kepada pokok

2) Penanaman

a) Bayam

1) Setelah tanah digembur, 300g NPK hijau dan 3kg baja organik tahi ayam ditaburkan dan digaulkan dengan tanah sehingga sebati dan rata.
2) 5 baris dengan jarak 20 cm dibuat untuk setiap batas.
3) 4g biji benih digaulkan dengan pasir kerana biji benih terlalu halus dan bagi memudahkan benih bercambah.
4)  Kaedah yang digunakan untuk sayur bayam adalah biji benih ditabur terus ke dalam baris tanah.
5) Tutup biji benih dengan tanah secara nipis bagi memudahkan penumbuhan sayur bayam.
6) Sungkupan dilakukan dengan menabur jerami bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai.
7) Siram tanah bagi memudahkankan proses pertumbuhan sayur bayam.


b) Kangkung

1) Setelah tanah digembur, 300g NPK hijau dan 3kg baja organik ditaburkan dan digaulkan dengan tanah sehingga sebati dan rata.
2) Lubang dibuat pada tanah dengan jarak 5x5cm
3) 5-6 butir biji benih kangkung diletakkan di dalam setiap lubang dan tutup lubang tersebut.
4) Sungkupan dilakukan dengan jerami dan disiram


 

Gambar 1 :  Cara penggemburan tanah dilakukan menggunakan cangkul dan pencakar.




Gambar 2 : Lima baris dibuat di atas batas dengan jarak 20 cm setiap baris.



Gambar 3 : Biji benih dan pasir yang telah dicampur



Gambar 4 : Campuran biji benih dan pasir ditabur di setiap baris



Gambar 5: Setiap baris ditutup dengan tanah secara nipis








DISEDIAKAN OLEH : NUR SHAFIQAH BINTI ROZI (197119)








Thursday, October 18, 2018


13/10/2018

PROJEK PENANAMAN UMBISI DI KEBUN SAYUR DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)


A) Ubi Kayu Medan


  •     Nama saintifik :  Manihot esculenta (EUPHORBIACEAE)
  •      Jenis ubi kayu:

  1.     Jenis Manis : - kurang dari 0.017% asid prussic. Ditanam untuk kegunaan sendiri. Hasil antara 9-14 mt/ha. Tempoh matang dicabut antara 6-9 bulan.
  2.    Jenis Pahit   : -Lebih dari 0.017% asid prussic. Ditanam untuk pernigaan. Anggaran hasil antara 30-38 mt/ha. Tempoh untuk dicabut ialah dari 12-14 bulan.
PEMBIAKAN UBI KAYU
                                            B) Keratan Ubi Kayu Medan

Ubi kayu dibiakkan dengan keratan yang diambil dari batang. Batang yang digunakan untuk pembiakan biasanya 2.5m panjang dan hanya 2m sahaja digunakan untuk pembiakan, 30 sm di atas dan di bawah selalaunya dibuang. Keratan batang 20–30 sm adalah sangat sesuai untuk ditanam (6-7 matatunas).

JARAK TANAM UBI KAYU
C) Alat untuk mengukur jarak tanaman

Alatan diatas adalah batang paip untuk mengukur jarak tanaman antara ubi dan ubi. Jarak tanaman ubi kayu medan adalah sepanjang 3 meter.









CARA PENANAMAN UBI KAYU

                                              
   D) Baring / melintang


E) Tajak


  F) Condong 45 darjah

Keratan yang melintang adalah lebih baik dari yang ditanam condong atau tegak, kerana tidak ada permukaan terdedah kepada siaran matahari yang menyebabkan kekeringan. Oleh yag demikian bilangan kerata yang tumbuh tinggi.







                                                    A)  Pokok Keladi

                                                           
B) Buah  Keladi

Nama Saintifik               :      Colocasia esculenta (ARACEAE )
Jenis Tanaman Keladi   :      Minyak        


CARA PENANAMAN KELADI MINYAK


Pokok keladi minyak sedang ditanam

Jarak antara barisan adalah 120 sm dan jarak antara 45 sm
Pucuk dipotong dan ditinggalkan tangkai sepanjang 30 sm.

Sunday, October 14, 2018




Penyelengaraan (25/9/2018-5/10/2018)


        Penjarangan serta penyulaman biasanya dilakukan pada minggu ke-3 selepas tanam. Penjarangan adalah bertujuan untuk menjarakkan anak pokok jagung yang terlalu padat, perkara ini bertujuan untuk mengelak persaingan antara pokok untuk mendapatkan nutrien. seterusnya, penyulaman adalah penanaman semula nagi menggantikan bijih benig yang tidak tumbuh ataupun rosak.

                 Kemudian, pembajaan pertama dilakukan pada 5/10/2018. Tujuan pembajaan adalah untuk mengelak pertumbuhan pokok terbantut. Baja yang digunakan adalah NPK hijau 15:15:15 untuk pembajaan kali pertama. kadar penggunaan baja adlah 30-40gm/pokok. Cara untuk gunakan baja tersebut adalah dengan menabur baja diantara pokok jagung. selain itu, kawalan rumpai turut dilaksanakan selepas sahaja menanam untuk mengelakkan rumpai daripada cepat tumbuh.


Aktivit: 

Penjarangan anak pokok jagung


"MOUNTING"
Pembajaan


Merumpai


              Pembajaan untuk kali kedua akan dilaksanakan pada 19/10/2018. Baja yang akan digunakan adalah NPK biru 12:12:17:2. 40-50gm/pokok. Teknik pembajaan adalah, tabur baja diantara pokok jagung.

Published by: Yong Yee May 199321


Sunday, October 7, 2018

AKTIVITI  PEMBIAK-BAKAAN POKOK BUAH-BUAHAN


Pembiakan tampang atau vegetatif merupakan proses yang melibatkan pemisahan bahagian tampang pokok induk dan digalakkan hidup sebagai satu pokok individu.


Jenis-jenis pembiakan akses yang telah dilakukan:

  1. Cantuman Sisi Mata Tunas
  2. Cantuman Baji
  3. Tut (markot)

Kaedah dan jalan kerja:



Cantuman Mata Tunas
Cantuman ini adalah proses di mana bahagian pokok baka/induk (matatunas) diambil dan dicantumkan dengan pokok penanti (selalunya dari bijibenih). Matlamat cantuman ini ialah untuk mencantum atau meletakkan mata tunas dengan pokok yang masih hidup dan ianya akan membesar menjadi seperti pokok baka. Kami menggunakan matatunas Durian D99


Kaedah cantuman mata tunas

Hiris kulit pada batang pokok penanti berbentuk empat segi bujur.


Pilih kayu mata tunas yang sihat dan keratkan secara menghiris dan pastikan matatunas yang dihiris pada bahagian bawah ketiak matatunas. Kemudian buang isi didalam keratan batang tersebut.



Cebisan matatunas ditampalkan pada batang pokok penanti yang telah dihiris kulit itu tadi dan pastikan dalam keaadan rapat dan selari atau selurus dengan garisan yang di hiris. Kemudian balutkan dengan plastik pembalut dengan kemas dan diletakkan di tempat yang teduh. 





Cantuman Baji
Cantuman baji adalah untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok.


Kaedah Cantuman Baji


Pemilihan pokok penanti 'Mangga cokanan' mestilah anak pokok berumur 5-6 minggu.
Keadaan batangnya masih lembut dan saiznya sesuai dengan saiz ranting tunas. Kejayaan cantuman boleh mencapai 96-98%.
Pilih ranting matatunas seeloknya sama saiz dengan pokok penanti. 
Bahan ini mesti mempunyai 2 atau 3 matatunas. Panjang ranting berukuran (5sm - 7.5sm) / (2-3 in). Tinggalkan 2 atau 3 helai daun sahaja. Daun-daun ini hendaklah dipotong separuh untuk mengelakkan proses perpeluhan di mana ranting itu akan kering.




Pangkal ranting tunas itu dipotong tajam seperti baji (1sm). Pemotongan mestilah sama paras dan licin.




Bahagian pangkal pokok penanti dibelah sedalam 1sm iaitu sama dengan saiz potongan baji pada ranting mata tunas.


Setelah menyediakan pokok penanti dan ranting tunas, bolehlah dimasukkan ranting mata tunas ke belahan pokok penanti. Kemudian balut bahagisan cantuman dengan pita pembalut .



Seeloknya disembur racun kulat dibahagian daun untuk mengelakkan serangan kulat. Kemudian sungkup keseluruhan pokok denan plastik lutsinar. Pindahkan ke tempat teduhan 80% - 90% cahaya. Selepas 2 minggu bolehlah, dibuka sungkupan plastik untuk memastikan samada cantuman berjaya atau tidak.




Tut (Markot)

Memilih pokok jambu GU 9 Bujur dan ranting yang sihat terlebih dahulu. Kemudian membuat pencantasan (pruning) dahan dan daun-daun pada pokok supaya pokok kelihatan lebih kemas dan memudahkan aktiviti tut.




Gippy 7 atau media campuran ini direndam dengan dengan air terlebih dahulu.


Buatkan kelaran keliling. Pertama di bawah matatunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3sm atau 1 - 1 1/2 inci jauh dari kelaran pertama.
Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikis hingga ke kayu (kambium) sehingga kering.

Sapukan ubat penggalak akar di sebelah bawah kelaran atau dibawah mata tunas.

Ikat plastik di bahagian bawah kelaran kedua.



Letakkan gippy 7 atau media campuran tanah yang telah direndam dibahagian ranting yang telah dikikis tadi. Tentukan padat dan melekat dengan baik. Kemudian tutup dengan plastik yang diikat dan ikan dengan kemas.



Kebaikan atau kepentingan Pembiakan Tampang

  • Dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. 
  • Pembiakan tampang juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih.
  • Dapat menahan pokok dari serangan penyakit yang biasa menyerang pokok atau anak benih


Faktor-faktor penting untuk cantuman baji yang berjaya ialah :

  1. Sion dan pokok penanti mesti serasi atau sama tisu.
  2. Lapisan kambium sion mesti menyentuh lapisan kambium pokok penanti.
  3. Bahagian-bahagian luka perlu dilindungi supaya tidak kering.
  4. Selepas cantuman, tunas yang tumbuh di bahagian bawah cantuman perlu dibuang kerana ia menyekat pengaliran air dan zat makanan dari sistem pengakaran dan melambatkan pertumbuhan sion.
Created by : Nurul Liyana Binti Hamzah (199443)

Thursday, October 4, 2018

PROJEK PENANAMAN HIDROPONIK DI KOMPLEKS AGROTEKNOLOGI


Pada 21/9/2018, pelajar-pelajar amalan ladang tanaman makanan telah pergi melawat ke Kompeks Agroteknologi di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mempelajari tentang tanaman hidroponik. Di sana, kami diberi penerangan tentang tanaman hidroponik oleh Pn. Maininah Tahir. Tanaman hidroponik merupakan antara salah satu cara penanaman yang tidak menggunakan tanah. Terdapat 2 jenis teknik penanaman hidropinik iaitu takungan tanpa aliran dan aliran air. Kami ditugaskan untuk melakukan tanaman hidropinik jenis aliran air (palong).


kaedah penanaman menggunakan kaedah palong

Kami ditugaskan untuk membuat penanaman hidroponik menggunakan 2 jenis tanaman iaitu sawi hijau dan salad. 2 jenis tanaman ini adalah antara jenis tanaman yang paling sesuai untuk hidroponik. Setiap orang telah diberi 2 bekas untuk aktiviti kali ini dan di setiap bekas boleh ditanam dengan 8 bekas media.



SAYUR SAWI HIJAU


NAMA SAINTIFIK: BRASSICA JUNCEA
NAMA KELUARGA: BRASSICACEAE


SAYUR SALAD


NAMA SAINTIFIK: LACTUCA SATIVA
NAMA KELUARGA: ASTERACEAE

Disebabkan tanaman hidroponik tidak menggunakan tanah, maka ia sangat sesuai untuk ditanam di mana-mana sahaja. Tanaman hidroponik juga tidak memerlukan tempat yang besar dan mengikut staff di Kompleks Agroteknologi, jika dijaga dengan baik tanaman hidroponik (isi padu air dan nutrien), maka hasil untuk satu bekas boleh mencecah sehingga 800g (mengeluarkan hasil yang banyak). Antara manfaat lain untuk tanaman hidroponik adalah:

  1. Boleh menjimatkan kos
  2. Boleh mengawal penyebaran penyakit/serangga
  3. Mesra alam
  4. Mudah dikendalikan
Antara peralatan yang kami gunakan untuk penanaman hidroponik adalah seperti bekas takungan, penutup polisterin, bakul media. Selain itu, alat-alat seperti cawan penyukat, paip poli dan alat penyukat baja digunakan untuk menyediakan medium.


 BEKAS TAKUNGAN

 PENUTUP POLISTERIN

 BAKUL MEDIA

 CAWAN PENYUKAT

 PAIP POLI

ALAT PENYUKAT BAJA



GAMBAR DAN PENERANGAN AKTIVITI


Anak-anak pokok sawi dan salad yang telah disemai terlebih dahulu


Pengaggihan bekas takungan bagi setiap orang. Setiap orang diberi 2 bekas takungan dan 16 bekas medium.


Air diisi pada paras yang telah ditetapkan supaya akar pokok dapat menyerap air tersebut. 


Kemudian, baja nutrien bancuan A dan B diletekkan di dalam bekas takungan. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan cawan sukatan untuk menyukat 50 ml untuk stiap bancuan.


Alat penyukat baja digunakan untuk melihat kadar elektrolit dalam bacncuan air. Kadar bacaan elektrolit haruslah berada pada 1.4 - 1.6 EC.


Selepas air diisi, bekas takunagan akan ditutup oleh penutup polisterin.


Anak-anak pokok kemudiannya akan dipindahkan ke dalam bekas medium. Setiap pelajar akan menanam sebanyak 8 tanaman sawi hijau dan 8 tanaman salad.


Pada peringkat ini, pelajar harus memastikan akar terkeluar daripada bekas media untuk memudahkan penyerapan air. Jika akar terlalu pendek, pelajar boleh mengeluarkan sedikit span daripada bekas media.


Anak pokok yang telah siap akan dimasukkan ke dalam bekas takungan.


Kumpulan kami setelah selesai tugas yang diberi. Tempoh tanaman untuk matang adalah selama 4 minggu dan hasil boleh dituai dalam minggu ke-4.


DISEDIAKAN OLEH: ABDUL HAKIM BIN KAMALUR RAHMAN (190425)