Sayuran
Pada 16/11/2018 yang lepas, kami telah melakukan proses penuaian dan pasca tuai sayuran untuk subjek Amalan Ladang AGR3001 (Tanaman Makanan). Sayuran yang dituai telah ditanam pada 19/10/2018 dan tempoh dari tarikh penanaman hingga ke tarikh tuai adalah selama 4 minggu. Antara sayuran yang telah ditanam dan dituai adalah Kangkung, Bayam Hijau, Bayam Merah dan Bayam variegated (bayam merah hijau).
Hasil yang diperoleh oleh setiap ahli kumpulan:
1. Abdul Hakim Bin Kamalur Rahman: Kangkung (8 kg)
2. Mohd Asyran Bin Zolkanain : Bayam hijau (2.8 kg)
3. Fakrul Afif Bin Ahmad Asri : Bayam merah (3.0 kg)
4. Vivienne Joannes : Kangkung (7.8 kg)
5. Nur Atikah Idayu Binti Mohd Rosli : Bayam Variegated (3.5 kg)
6. Mohd Aidil Fakri Bin Mat Zami : Bayam hijau (1 kg)
7. Nurul Liyana Binti Hamzah : Kangkung (6.3 kg)
8. Yong Yee May : Bayam variegated (4.5 kg)
9. Nur Shafiqah Binti Rozi : Bayam hijau (4.8 kg)
10. Nurardila Karlida Binti Abu Bakar : Bayam merah (3.8 kg)
Bayam Hijau
Bayam Merah
Bayam Variegated
Kangkung
Tujuan pengendalian pasca tuai: Untuk memastikan produk:
1. Bersih
2. Bekualiti
3.Selamat
4. Dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang
Proses Tuai:
1. Penuaian
a) Bayam
- ditarik menggunakan tangan bersama-sama dengan akarnya sekali.
Cara penuaian bayam.
b) Kangkung
- ditarik bersama-sama dengan sedikit akar.
Proses penuaian kangkung
Selepas proses penuaian, semua sayuran ditimbang dan dibawa ke rumah pemprosesan.
2. Pembersihan
- Akar pada hujung pangkal sayur dipotong menggunakan gunting dan seterusnya sayur direndam ke dalam tong yang berisi air untuk tujuan pembersihan sayuran daripada tanah dan kotoran.
Akar pada hujung batang sayur dipotong untuk memudahkan kerja pembersihan.
Kerja-kerja pembersihan sayuran
3. Pra penyejukkan
- Proses ini dilakukan selama 20 minit dengan membiarkan sayuran direndam dalam air.
- Tujuan: mengelakkan transpirasi dan mengekalkan kesegaran sayuran
4. Pengeringan
- Sayur dibiarkan untuk kering untuk memudahkan proses penggredan dan pembungkusan.
5. Penggredan
- Sayuran yang telah dibasuh dan dikeringkan digred kepada beberapa kategori: Gred A, Gred B etc..
Proses penggredan bayam hijau.
6. Penimbangan
- Sayur ditimbang dan dibungkus ke dalam beg plastik lutsinar.
- Bayam (semua jenis) : 300g per paket
Kangkung : 400g per paket
Bayam ditimbang untuk proses pembungkusan.
7. Pembungkusan
- Selepas proses penimbangan, sayuran dibungkus ke dalam plastik lutsinar dan plastik ditutup menggunakan mesin untuk tujuan kekemasan.
Proses pembungkusan bayam variegated menggunakan mesin.
8. Penyimpanan
- Setelah proses pembungkusan selesai, sayur yang telah siap dibungkus diletakkan ke dalam bakul dan disimpan dalam 'chiller" dengan suhu 10 darjah celcius untuk memelihara kesegaran sayuran
Bayam variegated yang telah siap dibungkus.
Sayur yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam bilik sejuk beku dan ditutup dengan ketat.
Disediakan oleh: Vivienne Joannes (199069)
No comments:
Post a Comment