Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
Tajuk:
Laporan Amali Penanaman Jagung Manis
Disediakan untuk:
Dr. Martini Binti Mohamad Yusoff
Kod Kursus:
Amalan Ladang (AGR3001)
Penyelaras:
Encik Kamarul Zaidi Bin Abd Ghani
Disediakan:
Kumpulan 4
Program:
Bachelor Sains Perniagaantani
Isi kandungan:
1.0 Pengenalan
- Jadual Aktiviti penanaman jagung
2.0 Penerangan aktiviti
- Penerangan aktiviti dan gambar gerak kerja amali
3.0 Carta alir gerak kerja amali
4.0 Kesimpulan
Projek Penanaman Jagung
1.0 Pengenalan
Nama saintifik: zea mays
Jenis Biji Benih: Thai Super Sweet
Tanaman jagung merupakan salah satu jenis tanaman biji-bijin dari keluarga rumput-rumputan berasal dari amerika yang tersebar ke asia dan afrika melalui kegiatan orang-orang eropah ke amerika. Tanaman jagung ini menguntungkan, jika sumber-sumber yang tersedia ada seperti tanah dan musim yang sesuai untuk bertani.
Jagung terkenal sebagai satu tanaman yang kuat makan, sehingga ianya sensitif kepada sedikit sahaja perubahan terhadap kandungan zat-zat makanan atau nutrien dan air dalam tanah. Cara penanaman, tanam di tebing batas dengan jarak 30 cm antara bijih benih yang dilaksanakan semasa akitiviti dijalankan.
Jagung terkenal sebagai satu tanaman yang kuat makan, sehingga ianya sensitif kepada sedikit sahaja perubahan terhadap kandungan zat-zat makanan atau nutrien dan air dalam tanah. Cara penanaman, tanam di tebing batas dengan jarak 30 cm antara bijih benih yang dilaksanakan semasa akitiviti dijalankan.
Hari
|
Tarikh
|
Aktiviti
|
Catatan
|
-3
|
18/9/18
|
-Membajak dan menebas batas
-Biji Benih
|
-Sedalam 22 sm
-
|
0
|
21/9/2018
|
-Menanam
|
- Bijih benih ditanam sedalam 2-3 sm
- Meracun pracambah
|
3-4
|
24-25/9/2018
|
-Bijih benih bercambah
| -Penyiraman -Pemasangan sistem pengairan |
4-7
|
25-28/9/2018
|
-
-Penyulaman |
-
-Menanam semula bagi menggantikan bijih benih yang tidak tumbuh
|
14
|
5/10/2018
|
-Pembajaan pertama
( NPK Hijau 15:15:15 )
|
-
-Mengambus perdu jagung
-Kawalan rumpai
|
28
|
19/10/2018
|
-Pembajaan Kedua
( NPK Biru 12:12:17:2 )
|
-
|
42
|
2/11/2018
|
-Pembajaan ketiga
( NPK Biru 12:12:17:2 )
|
-50 gm/pokok. Tabur baja diantara pokok jagung.
|
43-69
|
3/11-29/11/2018
|
-Pengawalan rumpai,serangga perosak dan penyakit
|
-Menyembur racun secara serata mengikut barisan jagung
-Merumput
|
70-84
|
30/11/2018
|
-Mengutip,mengumpul,menggred hasil
|
-mengutip jagung setiap 2 hari
|
2.0 Penerangan aktiviti dan gambar gerak kerja amali
Pada 14 September 2018, pelajar Bachelor Sains Perniagaantani diberi penerangan mengenai projek yang perlu dilaksanakan iaitu projek penanaman Jagung "Thai supersweet". Dr. Martini selaku pensyarah bagi subjek ini, manakala En. Kamarul zaidi sebagai penyelaras projek pananaman jagung. Kami diterangkan mengenai cara-cara untuk kendalikan dari awal hingga akhir projek ini.
kami turut dipecah kepada lima kumpulan, dan setiap kumpulan terdiri daripada 10 ahli. Setelah itu, semua pelajar dibawa ke tapak penanaman jagung untuk diberi batas pada setiap kumpulan. Setiap pelajar diberi satu batas untuk penananam jagung.
Pada 14 September 2018, pelajar Bachelor Sains Perniagaantani diberi penerangan mengenai projek yang perlu dilaksanakan iaitu projek penanaman Jagung "Thai supersweet". Dr. Martini selaku pensyarah bagi subjek ini, manakala En. Kamarul zaidi sebagai penyelaras projek pananaman jagung. Kami diterangkan mengenai cara-cara untuk kendalikan dari awal hingga akhir projek ini.
kami turut dipecah kepada lima kumpulan, dan setiap kumpulan terdiri daripada 10 ahli. Setelah itu, semua pelajar dibawa ke tapak penanaman jagung untuk diberi batas pada setiap kumpulan. Setiap pelajar diberi satu batas untuk penananam jagung.
21 september 2018
Pengagihan batas bagi setiap kumpulan penanaman bijih benih jagung
Bijih benih jagung
|
Aktiviti menanam bijih benih jagung:
- Bijih benih jagung diberi bagi setiap kumpulan
- Setiap batas diwakili seorang ahli kumpulan.
- Jarak antara batas adalah 75cm dan jarak antara penanaman bijih benih adalah 30cm'
- Peralatan digunakan semasa penanaman jagung adalah batang paip pvc (menyukat jarak tanaman jagung) serta batang kayu (membuat lubang untuk tanam bijih benih)
PROGRAM KERJA JAGUNG MANIS "THAI SUPERSWEET":
Pembajaan pertama NPK hijau , kawalan rumpai, mounting, penjarangan
25 September 2018 - 5 Oktober 2018
Penjarangan serta penyulaman biasanya dilakukan pada minggu ke-3 selepas tanam. Penjarangan adalah bertujuan untuk menjarakkan anak pokok jagung yang terlalu padat, perkara ini bertujuan untuk mengelak persaingan antara pokok untuk mendapatkan nutrien. seterusnya, penyulaman adalah penanaman semula nagi menggantikan bijih benig yang tidak tumbuh ataupun rosak.
Kemudian, pembajaan pertama dilakukan pada 5/10/2018. Tujuan pembajaan adalah untuk mengelak pertumbuhan pokok terbantut. Baja yang digunakan adalah NPK hijau 15:15:15 untuk pembajaan kali pertama. kadar penggunaan baja adlah 30-40gm/pokok. Cara untuk gunakan baja tersebut adalah dengan menabur baja diantara pokok jagung. selain itu, kawalan rumpai turut dilaksanakan selepas sahaja menanam untuk mengelakkan rumpai daripada cepat tumbuh.
Aktiviti:
Penjarangan anak pokok jagung |
"MOUNTING" |
Pembajaan |
Merumpai |
Pembajaan untuk kali kedua akan dilaksanakan pada 19/10/2018. Baja yang akan digunakan adalah NPK biru 12:12:17:2. 40-50gm/pokok. Teknik pembajaan adalah, tabur baja diantara pokok jagung.
Aktiviti Pembajaan kedua NPK biru 12:12:17:2
19 Oktober 2018
Pembajaan dan Mounting |
Aktiviti merumpai, mounting, meracun dan pembuangan pokok yang rosak
8 November 2018
Aktiviti merumpai: Musim hujan, rumput akan cepat tumbuh, tujuan merumpai bagi mengelak rumpai tumbuh dengan cepat serta elak daripada persaingan nutrien yang diperlukan pokok jagung untuk membesar.
Aktiviti "mounting": Bertujuan untuk mengelak pokok daripada tumbang
Aktiviti pembuangan pokok yang rosak: Pokok jagung yang tumbang perlu dibuang kerana telah diserang bakteria, menyebabkan batang pokok reput ( reput basah). Hal ini, kerana kelembapan yang tinggi serta hujan lebat yang berterusan.
Aktiviti meracun: Racun tikus diletak disekeliling atau kawasan penanaman pokok jagung bagi mengelak daripada serangan haiwan tersebut, Racun sedia diletak, sebaik sahaja pokok jagung mula berbuah.
Aktiviti Penuaian Jagung
30 November 2018
Penuaian jagung boleh dilakukan pada peringkat umur 68 - 72 hari di mana umur jagung yang telah matang. Tetapi ada juga yang belum matang kerana pertumbuhan pokok kecil, faktor cuaca dan sebagainya. Pada 30 November 2018, para pelajar dikehendaki menuai jagung di batas masing masing di mana umur jagung di waktu itu adalah 71 hari. Kumpulan 4 telah mendapat hasil sebanyak 212 tongkol jagung.
Jumlah jagung yang dituai oleh setiap ahli :
May - 28
Fakrul Afif - 23
Liyana - 19
Aidil Fakri - 25
Afiqah - 24
Hakim - 15
Atikah - 16
Asyran - 16
Adila - 24
Vivien - 21
Para pelajar perlu menuai jagung yang rerambutnya kering dan coklat dan para pelajar perlu membuka sedikit kulit jagung tersebut untuk melihat jagung tersebut telah masak sepenuhnya.
Para pelajar perlu menuai jagung yang rerambutnya kering dan coklat dan para pelajar perlu membuka sedikit kulit jagung tersebut untuk melihat jagung tersebut telah masak sepenuhnya.
Rerambut jagung yang kering dan coklat
Ahli kumpulan sedang membuka sedikit kulit jagung untuk melihat ianya sudah boleh dituai
Aktiviti penuaian jagung dijalankan
Aktiviti penuaian jagung dijalankan
Ahli kumpulan sedang mengumpul jagung dan mengira jumlah jagung
Setelah selesai menuai jagung setiap para pelajar dikehendaki mengumpul kesemua jagung yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan. Encik Eddy membenarkan para pelajar untuk membawa pulang 5 tongkol jagung yang terbaik untuk dibawa pulang.
Pengumpulan hasil tongkol jagung
Jagung yang dituai dimasukkan ke dalam traktor untuk dibawa turun ke bawah
Setelah selesai menuai, mengumpul dan memasukkan dalam traktor para pelajar dikehendaki turun ke bawah untuk mendengar taklimat yang seterusnya. Pihak Taman Pertanian Universiti memberi taklimat kepada para pelajar tentang cara "packaging" jagung.
Para pelajar sedang melihat cara-cara "packaging"
Cara "Packaging"
1. Potong atas dan bawah jagung.
2. Masukkan ke dalam plastik sebanyak 7 tongkol untuk dibungkus.
Kemudian Encik Eddy mengarahkan kesemua ahli kumpulan untuk membuat "packaging" sebanyak 2 bungkus untuk satu kumpulan.
Aktiviti memotong dijalankan
Tongkol jagung dimasukkan ke dalam plastik untuk dibungkus
Jagung yang siap "packaging"
Aktiviti Barbeque
Setelah selesai kesemuanya tiba masa untuk para pelajar menjalankan aktiviti barbeque iaitu membakar jagung masing-masing. Para pelajar dengan riang tawa dan gembiranya membakar jagung untuk dijamah sehingga menjilat jari.
Aktiviti menyalakan api sedang dijalankan
Lebihan jagung yang akan dibakar oleh para pelajar dan untuk dibawa pulang
Aktiviti membakar jagung sedang dijalankan
Para pelajar menikmati jagung bakar tersebut dengan disaluti susu dengan penuh kenikmati. Masing-masing para pelajar suka dan gembira dengan aktiviti ini. Setelah selesai aktiviti barbeque dan makan-makan, para pelajar mengemas dan membuang sampah.
Aktiviti mengemas sedang dijalankan
Kemudian para pelajar pulang dengan hati yang gembira dan riang tawanya menikmati hari tersebut dan boleh membuat bahan bualan dengan rakan-rakan sambil menikmati jagung lagi di bilik.
Abu lari ditempat pertama,
Pantas sungguh lajunya kaki,
Jagung bakar menu utama,
Sedap dimakan menjilat jari.
3.0 Carta alir gerak kerja amali
4.0 Kesimpulan
Aktiviti penanam jagung ini sangat menguntungkan, jika sumber-sumber tersedia ada seperti tanah dan musim yang sesuai, amatlah mudah untuk mengendalikan penanaman jagung untuk mendapatkan hasil yang lumayan dan berkualiti. Selain itu, penanaman jagung ini juga dapat menjana mendapatan bagi para petani serta hasil jagung dapat dijadikan produk tertentu berdasarkan jenis jagung yang ditanam.