23/11/2018 Masa: 8.00 hingga 11.00 pagi Tempat: Ladang 10b
- Nama saintifik : Oryza sativa
- Keluarga: GRAMINAE (POACEAE)
i) Jangkamasa matang panjang (padi berat)
\
Tempoh matang padi ini ialah melebihi 180 hari. Conyoh-contoh varieti padi adalah padi tradisional seperti Seraup 50, Mayang Segumpal dan Merak Sepilai.
ii) Jangkamasa matang sederhana (padi sederhana)
Tempoh matang antara 150-180 hari. Contoh-contoh padi ini seperti Radin Ebos dan Subang Intan
iii) Jangkamasa matang pendek (padi ringan)
Tempoh matang kurang dari 150 hari. Contoh-contoh padi daripada kumpulan ini ialah varieti-varieti yang dikeluarkan oleh MARDI seperti MR1, MR10, MR84, MR103, MR123, MR167, MR219, MR220, MR221, MR222, MRQ74 dan sebagainya.
biji benih padi yang digunakan
Menanam dengan menggunakan kaedah semaian tikar dengan menggunakan sistem
talam (tray)
i) Sistem talam (tray)
Talam yang berukuran 58x3 sm digunakan dengan media abu sekam yang telah dibakar. Baja NPK atau amosfos ditaburkan dengan kadar 30-50 g/m (5-10 g/talam) seminggu selepas biji benih ditabur. Biji benih ditabur rata dan padat menutup permukaan media dan disiram serta disusun bertindih-tindih dan ditanggalkan 2 hari sebelum dipindah ke petak sawah. Selepas 2-3 minggu semaian tersebut sesuai diubah dengan menggunakan jentera.
Tatacara Penyediaan Semaian Talam
i) 10 gm baja organik (JITU) ditabur di dalam dulang/talam
ii) memasukkan 300 gm sekam padi bakar (arang) ke dalam dulang/tray
iii) membuat penyiraman
iv) memasukkan 250 gm benih ke dalam dulang/tray dan ditabur dengan serata
v) memasukkan 50 gm sekam padi bakar (arang) dan di tabur menutupi benih padi
vi) membuat penyiraman
vii) Dulang/tray disusun 1-5 tingkat. Dibiarkan (peram) selama 48 jam dan disiram dengan air setiap 24 jam
viii) meletakkan label kumpulan
Kemudian pada hari ke-3 dan ke-4 hampar semaian tersebut dengan mengenakan pada cahaya 70 %. Pada hari ke-5 pula memindahkan semaian tersebut ke sawah yang telah disediakan.
proses menyediaan tapak sawah padi oleh ahli kumpulan
Kemudian proses penjagaan dan hari ke-17 hingga hari ke-20 adalah proses penanaman.
Disediakan oleh : Mohammad Aidil Fakri Bin Mat Zami
No comments:
Post a Comment